© 2011 Hak cipta terpelihara

www.kembara-zinnirah.blogspot.com

dup dap..dup dap ! !

Tuesday, September 6, 2011

saya budak baru belajar

|| Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan ||

tarikh hari ni merupakan keramat untuk aku kerana hari inilah penentu masa depan aku yang lebih cerah, tekad & azam yang ku "tanam" dalam jiwa, harap "subur mekar" hinggalah aku benar-benar dapat "menuai" segulung sarjana kelak..

aku tahu, duri ranjau bakal ku tempuhi, namun ku harap pada Maha Esa untuk sentiasa bersamaku memberi aku petunjuk & jalan penyelesaian yang terbaik. 

budak baru nak belajar..huhuhu

harapan & doa bonda ayahanda terchenta serta saudara mara terdekat menjadi bekalan aku sepanjang aku di sini. tak lupa kepada kawan-kawan yang byk menyokong dari belakang, juga aku iringi dengan ucapan terima kasih

insyaAllah aku akan berjaya! 


 

Sunday, September 4, 2011

jantung semacam terhenti...

|| Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur ||
Ya Allah, kuatkanlah aku untuk bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih dan sanggup menanggung risikonya. Kuatkanlah aku untuk berhijrah dari ‘zon selesa’ tapi penuh kebekuan untuk menuju ‘zon mencabar’ yang penuh dugaan, tetapi di situlah letaknya kejayaan dan kecemerlangan. Amin Ya Rabbal'alamin~
aku buat segala-galanya hanya keranaMu yaRabbi~
[debaran kian terasa menghimpit jiwa, namun ku pasrah segala ketentuanNya ]

Monday, August 22, 2011

[22 Ramadhan 1432H ] anak jawa sejati

|| Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yang penting, usaha & tawakkal ||

aku bangga untuk mengaku sebagai anak jawa. walaupun jawa aku ini jawa campuran, namun aku sangat bersyukur dengan keturunan tersebut. lebih-lebih lagi masakan orang jawa memang diakui sedap-sedap belaka. inilah antaranya :::::::::>
 
minyak tu panas woooo  #__#

garing & rangup =)
rempeyek ni dibancuh oleh pakar membancuh iaitu ayah aku & digoreng dengan oleh seorang pakar menggoreng iaitu mak aku *__* aku tolong jugak tau ! 
 

Wednesday, August 17, 2011

[17 Ramadhan 1432H ] ku mohon pendirian seteguh Rasulullah

|| Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul ||

ku harap jalan yang ku pilih ini benarlah Ya Allah~

Monday, August 15, 2011

[15 Ramadhan 1432H ] memories are playing like a film without sound ♪ ♫ ♩ ♬

|| Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan ||

::::::::> entri ini bukanlah bahasa inggeris pun... =P  
dari sekolah rendah aku ke sekolah menengah, dari sekolah menengah aku ke PLKN, dari PLKN aku ke matrikulasi, dari matrikulasi aku ke universiti, dan dari universiti, aku ke universiti lagi. semua tempat yang aku pergi ni telah banyak mencoretkan sejuta pengalaman dalam memori aku. namun begitu, aku mengaku yang diri ini masih kehausan pelbagai ilmu. bak kata orang-orang lama, menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad. tapi ilmu tu mestilah yang berguna & mengikut syariat Islam. =)

dulu, sewaktu di sekolah, rasa bosan di hati sebab hari-hari kena pakai baju yang sama dan jauh di sudut hati teringin sangat mahu melangkah ke universiti. tapi rancangan aku tergendala sebentar untuk masuk U sebab takdir menentukan aku untuk sambung belajar di matrikulasi terlebih dahulu. aku belajar di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) aliran sains hayat. dalam hati berangan nak jadi doktor gigi, tapi hajat tak kesampaian sebab pointer rendah gile. tapi syukur alhamdulillah, aku tetap lulus dan berjaya masuk ke universiti. macam-macam memori di KMJ terlalu banyak, kalu nak ditulis boleh hasilkan satu novel. nanti-nantilah aku ceritakan, InsyaAllah. 

dunia matrikulasi jauh berbeza dengan universiti. tak semudah yang disangka. walaupun kursus yang aku ambil tidaklah sesusah pelajar yang ambil kursus perubatan @ kejuruteraan. tapi cabarannya tetap lebih kurang sama. segala-galanya perlu dilakukan sendiri. dengan kata lain, perkataan BERDIKARI perlu ada dalam kamus hidup bagi seorang siswa. dari celik mata sampailah nak tutup mata, ada saja perkara yang perlu diselesaikan. tapi, aku sangat bernasib baik kerana dikurniakan Allah sahabat-sahabat yang sangat baik & memahami perangai aku yang gila-gila ni. @__@

jika bercerita tentang sahabat ni, aku akan senyum sendirian, kadang-kadang tu rasa nak menangis pun ada. sebab memori aku bersama sahabat seperjuangan masih segar dalam ingatan ni. selalu orang kata, kalau dah kerja, lain dah, takkan ada kawan macam di sekolah & universiti. aku mengaku sendiri kenyataan itu walaupun aku tak pernah bekerja lagi. =P 

kawan & rakan yang aku kenali di Universiti Putra Malaysia (UPM) dulu memang sangat ramai. tapi kalau dipanggil SAHABAT tu boleh dikira dengan jari sebelah tangan saja. sahabat ni pada aku teman yang sanggup susah senang bersama. dulu ada orang pernah bertanya pada aku, siapa sahabat kau? aku jawab - TAKDE ! sebab aku rasa kawan-kawan yang aku kenal biasa-biasa saja. tapi aku telah ditemukan Allah dengan 2 insan yang aku gelar sebagai SAHABAT =)

2 orang inilah cik SITI HABIBAH MOHMAD TAHIR (beeb) & cik MAIDATU NADIA ALIAS (mai), mereka berdua ni telah menukar persepsi aku tentang erti sahabat. walaupun aku dengan dua insan ni pernah juga bergaduh, tapi gaduh itulah memori manis bagi aku. bila teringat balik, nak ketawa pun ada, sebab masa tu masih mentah. gaduh atas sebab yang tak logik. 

selama 3 tahun kami bersama-sama menempuh suka duka dalam menuntut ilmu di UPM. pertama kali jejak kaki di UPM hinggalah mahu mengangkat kaki meninggalkan UPM, mereka berdua inilah yang banyak membantu aku hidup. manusia memang tak mampu hidup bersendirian. manusia perlukan orang lain untuk berjaya. benarlah ayat al-quran, hablumminallah wa hablumminannas ~

beeb ni kursus berbeza dengan aku & mai (sains alam sekitar). dia belajar sains pertanian, fakulti pun berbeza. dia juga ahli SUKSIS. kalau budak U ni, memang tahulah jadual budak suksis. memang padat & mampat. walau begitu, bib ni masih luangkan masa untuk aku & mai. walau kami berbeza kursus & fakulti, kami tetap rapat. mungkin sebab kami tinggal di blok (Lekir)  & kolej yang sama (Kolej Tun Perak). waktu tahun pertama (2008) beeb sebilik dengan mai & bilik aku bersebelahan saja dengan mereka -  mungkin sebab itu kami boleh jadi rapat.

spongeBEEB.. =D

mai pula asalnya dari kemaman terengganu. dulu, aku pernah dengar, orang selatan ni takkan pernah serasi dengan orang pantai timur. tapi semua tu pada aku bergantung pada diri kita juga. jika kita pandai bawa diri, serasi bersamalah =) beeb & aku sama-sama asal dari johor, lebih-lebih lagi beeb orang batu pahat. berbeza dengan mai. pada mula-mula perbualan aku dengan mai bagai itik & ayam. aku langsung tak faham apa yang dikatakan mai. aku pernah ada kawan terengganau, tapi dialek mereka taklah sepekat si mai ni =P tapi setelah 1-2 minggu duduk sebumbung, makan bersama, berbual, aku mulai faham sedikit demi sedikit. 

karipap telor maklong feveret mai


mulai saat itu, aku, mai & bib menjadi rapat, hinggalah sekarang. insyaAllah. tapi orang kata, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. 3 tahun kami bersahabat, ku rasa bagai 3 hari saja. cepat sungguh masa berlalu. detik-detik manis & pahit takkan berulang lagi. hanya "kaset" dalam kotak memori masing-masing bermain sendiri mengimbau kenangan lalu. 

apa yang aku harap agar silaturrahim yang terjalin ini takkan terputus begitu saja. harap Allah menjaga hubungan ini. orang selalu kata, kawan @ rakan tu memang senang cari, tapi sahabat tu, belum tentu lagi. InsyaAllah kan ku jaga hubungan ini. aku doakan kalian panjang umur, sihat sejahtera & dilimpahkan rezeki ~  ❤ ❤ AKU SAYANG KORANG BERDUA !! ❤ ❤

tapi tak disangkal, yang lain turut membantu perjuangan aku di U dulu, termasuklah para pensyarah, penyelia projek (Prof. Latifah), coursemate bacelor sains alam sekitar (BSAS), kawan-kawan satu blok, dan kenalan-kenalan di UPM dulu. terima kasih semua. ツ
kawan-kawan BSAS & pensyarah_VIVA 2011

[ tiba-tiba teringat pada seseorang yang takkan pernah maafkan aku...]

Sunday, August 14, 2011

[14 Ramadhan 1432H ] genap sudah ☪

|| Permulaan sabar adalah pahit, tetapi akan manis akhirnya ||

pejam celik-pejam celik da 2 minggu genap kita berpuasa. esok 15 Ramadhan. harap esok masih ada peluang untuk aku & keluargaku berjumpa ramadan. entah diterima atu tak amalan-amalan ku sebagai hamba yang hina ini. takut bila fikir masa & ketika ibadat kita akan dihitung di akhirat nanti. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman..amin ~

kita di malaysia ni selalu duduk bawah tempurung, selalu rasa tak cukup, rasa tak puas hati dengan apa yang kita ada. pernah terbayangkah kita bagaimana orang di negara yang ditimpa bencana atau peperangan berpuasa? bagaimana mereka mampu bertahan? renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.

Pakistan - sekadar yang mampu
ibadat di mana sahaja, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
bazar ramadhan di Istanbul
India - syukur walau juadahnya hanya itu
Indonesia - tetap solat walau sejadah tiada
Afghanistan - menunggu makanan diisi ke dalam bekas yang kosong
New Delhi - walau masih kecil, tapi sedia membantu mengedarkan makanan untuk yang lain

[ Sumber: BIGPICTURE ]

[13 Ramadhan 1432H ] penat pun puas hati ^__^

|| Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya ||
pagi & petang aku buat biskut dahlia =) sebenarnya aku bukan suka sangat buat biskut ni semua. tapi bila aku buat semua ni, boleh buat mak aku gembira & senyum, aku jadi suka. selain dari tu, aku dapat pengalaman buat biskut sendiri. pengalaman mana boleh beli kat kedai apek tu. pengalaman ada bila kita cuba lakukan sesuatu yang kita tak pernah buat. walau nampak mudah bagi orang lain, tapi bagi aku, pengalaman ini sangat berharga & manis. 

biskut dahlia ni sama saja dengan resepi nak buat semprit yang aku buat kelmarin. tapi silapnya resepi semprit aku tu ada terislap siket. aku tak campurkan adunan dengan tepung kastard & jagung. tu yang kureng sedap tuh. tapi mak kata, "takpelah, buat biskut memang mcm ni, sekali tak jadi, cuba lagi, dah buat banyak kali nanti sedap la =)" kata-kata mak tu sangat beri perangsang pada aku. she's so supportive ♡ ♡

 inilah hasilnya :::::::>

bunga yang boleh dimakan itulah daisy =P



 kalau berminat nak buat, gunalah resepi cik puan mieza kita. alhamdulillah memang sedap =))

Friday, August 12, 2011

[11 Ramadhan 1432H ] wanita = mangsa T__T

|| Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab ||


baru lagi rasanya berita pembunuhan kejam seorang wanita di Ipoh & penemuan mayat di Ampang, sudah ada lagi berita yang menyayat hati hari ini. kejadian tu berlaku semalam. berikut ringkasan berita di harian metro :::::::::::::>

KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital. Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran. Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.

wanita insan yang lemah, namun ini tak bermakna mereka tiada maruah (sekadar hiasan)
"Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya.
Komen ::::::::> Pada pendapat aku, kes seperti ini luar biasa dan terlalu menyayat hati. Lebih-lebih lagi aku sebagai wanita, bagai direntap-rentap jiwa pabila membaca peristiwa seperti ini. ROMPAK + ROGOL + SIMBAH ASID, berlaku sekaligus. siapalah pelaku yang langsung tiada hati perut itu? kalaulah aku diberi peluang untuk menjatuhkan hukuman, aku ingin lakukan 100x ganda berat dari apa yang dia lakukan. langsung tiada sekelumit maruah kah untuk mangsa itu? ? ? nauzubillah... Ya Allah, lindungilah aku, kaum keluargaku & wanita2 lain dari kejahatan seperti ini.

"Ya Allah, lindungilah aku, kaum keluargaku & wanita2 lain dari kejahatan seperti ini" (sekadar hiasan)

Ameneh Bahrami, mangsa asid berbangsa Iran yang memaafkan orang yang membuat beliau cacat seumur hidup

 [ketika aku berbuka tadi, teringat pada mangsa, apalah nasibnya. lindungilah beliau Ya Allah]

Thursday, August 11, 2011

[10 Ramadhan 1432H ] setinggi himalaya

 || Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan ||

CEriTa UtAmA :::::> setiap manusia pasti ada harapan dan cita-cita. bukan sahaja manusia, haiwan juga begitu, tapi kita manusia dikurniakan kudrat & akal untuk berusaha bersunggu-sungguh untuk mencapainya. aku adalah insan yang juga punya harapan untuk berjaya dunia & akhirat. aku punya harapan jangka masa panjang & pendek. yang panjang tu, nanti-nanti saja aku ceritakan. yang pendek dulu aku kongsikan dulu. 

apa yang aku harap-harap sangat sekarang ialah supaya PERMOHONAN AKU UNTUK MENDIAMI KOLEJ 9 akan terlaksana. apala istimewa sangat dengan kolej ni? macam tak popular pun? tak pernah dengar pun? - memang tak popular mana, tapi aku harap sangat-sangat dapat duduk di kolej ni sebab aku akan sambung belajar di UTM tak lame lagi. jadi aku perlukan kediaman. kalau rumah sewa tu memang insyaAllah ada, tapi jauhlah dari kampus. 

kolej idaman hati

semalam aku baru saja hantar borang permohonan. macam-macam ragam pekerja kolej tu. apa taknya, aku datang dalam pukul 8.15pg, tapi nak buka pintu pejabat tak boleh. - berkunci !!! yang aku pelik, lampu & penghawa dingin telah terbuka, takkanlah tiada staf di dalam tu? aku cuba telefon en. sudu (bukan nama sebenar) untuk memberitahu tentang masalah aku. tapi dimarahi pula. apa kes?? tapi aku masih bersabar, tunggu lama juga, adala 1 jam setengah. #__# (kasihan pada mak ayah aku, kerana turut menunggu lama)

nasib baik penantian aku ni membuahkan hasil. rupa-rupanya ada makhluk dalam pejabat tu. lepas aku dah gegar pintu pejabat beberapa kali. tak dengar atau buat-buat tak dengar itu aku tak tahu. yang paling penting sekarang, borang permohonan aku mesti sampai pada pihak yang bertanggungjawab untuk diproses.
. . . .  HABIS CERITA . . . .

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

CeRiTa tAk UtaMa ::::::> hepi sangat-sangat yang teramat sangat hari ni sebab dapat jumpa buah hati pengarang jantung aku, amni damia & aisyah qaisara. anak-anak saudara aku yang comel & cerdik. amni da makin membesar, begitu juga aisyah, da makin montel, tapi kasihan cukur bantal pula. 

tau tak cukur bantal tu apa? bukannya kita ambil pencukur, kita cukur bantal tu. takda kerja lain ke? haha..cukur bantal tu biasanya bayi yang berusia 1-6 bulan kena. sebab bayi-bayi ni tak bergerak sangat. jadi rambut di bahagian belakang kepalanya gugur dengan sendirinya. biasanya rambut-rambut melekat pada bantal. sebab tu dipanggil CUKUR BANTAL !! 

apa-apa pun, aisyah memang comel sangat-sangat. putih merah + gebu (macam mak saudara dia) =P aku bersyukur sangat-sangat, sebab mak aku terbuka hati untuk pergi melawat cucu-cucu dia. aku takkan lagi memaksa mak ayah aku, sebab aku yakin mak & ayah pasti ada rancangan yang terbaik untuk anak-anak mereka. takkan ku buat lagi mak...ayah...

si comel 4 bulan ++

adam, anak kecil tak ber-bapa (tapi masih mampu tersenyum)

[ semalam buka laksa penang, sedap sangat, million thanks to my dad, en. mohd bohari for your superb laksa ]

Tuesday, August 9, 2011

[8 Ramadhan 1432H ] hari yang agak bosan

 || Setiap hari aku memiliki kebiasaan, bila ia jahat kepadaku, aku bersabar, dan bila ia membahagiakan, aku bersyukur ||
  • mula-mula excited sebab nak hantar kak uda pergi lapor diri
  • tapi disebabkan tunggu lama sangat, aku jadi NGANTUK + LAPAR 
  • tapi, nasib baikla, banyak juga pemandangan yang sedap mata memandang, ANTARANYA >>>
inilah yang aku pandang selama lbeh krg 10-15 min
masjid sultan abu bakar  

masjid abu bakar...lagi... =)

menara masjid abu bakar 
pokok yang ada di situ *__*

[8 Ramadhan 1432H ] akulah jururawat terhebat ! ! ^__^

|| Wanita adalah bak mentari yang tak pernah tenggelam ||



"sekarang secara rasminya aku adalah seorang jururawat ! ! !" kata kak uda dalam hatinya...hehehe...bukanlah aku yang jadi jururawat. aku tak layak langsung sebab aku ni ganas + kejam..hahaha..tapi percaya atau tidak, aku pernah mohon untuk belajar dalam bidang kejururawatan. tapi tak dapatlah, kalau dapat, da lama aku jadi misi sekarang ni. nasib baiklah tak dapat, kalu tak, ramailah pesakit yang mati, bukan lagi ramai yang sihat..hahaha

tanhiah uda ! semalam, tarikh 8 OGOS 2011 merupakan hari yang bersejarah sebab kak uda aku pergi lapor diri sebagai jururawat. perggghhh...tak sangka pulak rasanya. *__*

cuma yang aku kesal sikit tentang pengurusan semasa sesi lapor diri tu. stress gila sebablangsung tak sistematik. sebab apa aku cakap tak sistematik ? ? SEBAB:

  1. tiba-tiba lokasi lapor diri berubah (patutnya di wisma JB, tanpa diberi notis tukar pula ke bangunan tabung haji) >>> siapa tak baran??
  2. Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kena buat sendiri (ayah aku kata sepatutnya pihak jabatan yang uruskan) >>> siapa tak baran ??
  3. taklimat lama-lama, tapi takda tentatif program. serabutla jadinya. orintasi dala 2 minggu, tapi takda tentatif >>> siapa tak baran??
  4. tempat kediaman @ kolej untuk jururawat yang baru lapor diri ni ada cuma untuk beberapa hari SAHAJA.. tiada kontrak untuk kediaman, abes tu pihak hospital nak semua nurse ni merempat ke ape? >>> siapa tak baran??
  5. tiada senarai keperluan @ dokumen yang perlu dibawa untuk ke sesi lapor diri. (memang kucar-kacir)
  6. geram kat kak uda, sebab dia baran kat aku, sebab dia baran dengan pentadbiran.. tapi takpala, dia pun stress tu. (aku fahamla)
 [ ini antara ketidakpuashatian aku dengan sistem pengurusan kementerian kesihatan, ini bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan kredibiliti mereke, hanya sekadar teguran ]



Sunday, August 7, 2011

[7 Ramadhan 1432H ] satu cinta ❤

|| Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang selalu berbuat baik ||

cinta yang utama hanya kepada yang Esa

= Satu Cinta =

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta

Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

[ p/s: lagu ini ada dimuatkan dalam playlist saya =) yang bertajuk 'Satu Cinta' oleh Star Five ]

 x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x 

biskot oat 
_

 mana biskut oatnya?????

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

hahaha....sabarlah, scroll la lagi ke bawah...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
tadaaaaaaa >>>>>
inila biskot oatnye! sedap + sihat =)

Saturday, August 6, 2011

[6 Ramadhan 1432H ] takkan ku buat lagi

|| kelak akan datang giliranmu mendapat kegembiraan, kerana dunia itu berputar ||

apa yang aku mahu ucapkan hanyalah maafkan aku mak...maafkan aku ayah...
mak, 
mumtaz sayang mak sangat-sangat. . . 

ayah, 
mumtaz sayang ayah sangat-sangat. . . 

tiada mak & ayah yang lain di dunia ini. hanya kamu berdua mak ayah aku dunia & akhirat.
hanya ucapan alhamdulillah dan syukur tak terhingga padaMu ya Tuhan kerana mengurniakan mak ayah kepadaku. 

aku bukan sengaja hendak menyakitkan hati engkau mak, tapi mungkin desakan hati aku yang memaksa aku berkeras denganmu. 
hati aku sedikit memberontak, tapi bukan niatku ingin merosakkan hubungan suci kita anak beranak. 

niatku hanya ingin menjernihkan apa yang keruh, tapi sungguh ku tak sangka air yang keruh itu bertukar racun pula TT__TT

kini aku hanya berserah padaMu yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui
aku pasrah segala yang terjadi. 

kerana ku yakin semua yang berlaku, pastinya dijanjikan hikmah dariMu Tuhan.

ku harap cintaku pada mak ayah ku mekar selamanya ~
 

Friday, August 5, 2011

[5 Ramadhan 1432H ] tidak ada yang mustahil

|| dari suatu saat ke saat yang lain pasti ada kemudahan ||

janji tetap ku kota. hahaha. lebih kurg setahun yang lalu, aku belajar membuat satu kuih ni, namanya ialah BLUEBERRY CHEESE TART (BCT). biasany nak makan BCT ni ada had, sebabnya nak beli mahal. tapi hari ni, aku, mak ayah & kak uda puas gile lah makan BCT ni sebab.........aku berjaya buat. hehehe...alhamdulillah..terima kasih yang tak terhingga kepada maklong @ makcik norehan ismail. kerana beliaulah aku berjaya buat BCT ni. beliau ni sebenarnya mak saudara mai. mai ni kawan baik aku di UPM dulu. aku lebih selesa memanggilnya maklong aku sangat beruah sebab satu keluarga maklong mai ni baik sangat. beliau sangat berbakat dalam masakan. apa saja yang dimasak pasti hingga menjilat jari. aku dapat resepi buat BCT ni pun dari maklong lah. =)) dan inilah hasilnya ! ! !

sedap tau ! ! !
 kalau nak cuba, inilah resepinya >>>

bahan-bahannya 

untuk pastri:
  • 250g mentega 
  • 100g gula icing 
  • 480g tepung gandum 
  • 2 biji kuning telur (jenis B)  
  • Beberapa sudu teh esen vanilla
untuk filling:
  • 250g krim keju (pillow pack) 
  • 50g gula icing
  • 20g mentega 
  • Setengah biji jus lemon
  •  1 biji telur (kuning + putih) 
  • Jem Blueberry

cara-caranya

untuk pastri:
  • Pukul mentega dan gula icing sehinggakembang
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla
  • Masukkan tepung gandum
  • Uli dan adun
  • Bakar dalam 160ºF selama 15-20 minit
 

 untuk filling:
  • Pukul krim keju + icing sugar + mentega sampai kembang
  • Masukkan telur (kunig & putih)
  • Masukkan jus lemon
  •  Masukkan jem blueberry kemudian tutup dengan krin keju
  • Bakar selama 10 minit, 140ºF


[p/s: bahan-bahan & alat-alat untuk buat BCT ni, boleh dapat di kedai yang biasa jual bahan nak buat kek dan biskut, tanya saja pada tuan kedai tu, "bahan-bahan nak buat BCT ada tak?" nanti tuan kedai tu bagila ..]

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

. . . . medroxyprogesterone 5mg tablets . . . .

perlu aku makan selama 3 bulan.


Thursday, August 4, 2011

[4 Ramadhan 1432H ] suka duka atau duka suka?

|| jangan kalian merasa hina dan jangan pula bersedih hati, padahal kalianlah orang-orang yang beroleh kemenangan ||

suka atau duka. aku menjadi keliru sama ada mahu menceritakan kisah yang suka atau yang duka terlebih dahulu. aku buat keputusan untuk menceritakan yang duka lah dahulu sebab nanti aku mahu tamatkan entri kali ni dengan kisah yang agak kelakar.

# DUKA =(
bunuh manusia macam bunuh semut
hari ni saja,ada 2 berita  pembunuhan yang berlaku di tanah air kita. yang aku dengar daripada buletin utama tv3, kisah pertama ini melibatkan pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki lingkungan 5-6 tahun dan wanita dewasa di sebuah pangsapuri, Taman Kosas, Ampang, Selangor. Sebelah kaki manusia ditemui di atas lantai. Organ-organnya pula dibuang ke dalam mangkuk tandas.  Hasil siasatan mendapati terdapat dua plastik dan satu sarung bantal disorok di atas siling. Plastik berkenaan berisi anggota badan manusia yang telah dikerat manakala sarung bantal berisi kepala budak lelaki. Pemeriksaan forensik menunjukkan suspek telah menyorokkan anggota badan yang dikerat di atas siling namun kerana beban yang berat, salah satu kaki mangsa jatuh ke atas lantai. takut, seram, bedebar, sayu, sedih, bercampur baur perasaan aku bila tahu pasal berita ni. yang menyedihkan, kanak-kanak juga jadi mangsa. ramai manusia sekarang lebih hina dari binatang. takda hati perut langsung ! !

"Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak Ditemui Mati Di Rumah" .. pemberita kata, arwah ni masih bujang, maksudnya arwah masih muda. muda-muda lagi sudah jadi timbalan pengarah. mana taknya ada saja yang dengki bukan? berderau lagi darah aku bila mendengar berita ini. "pembunuhan lagi" getus hatiku. yang peliknya tiada barang yang hilang di rumah mangsa. nampak sangat modus operandi pembunuh tersebut bukanlah mahu meromapak, tapi hanya ingin membalas dendam kesumat. kenapa ramai sangat orang PHD kat dunia ni? kalau PhD, doctor philosophy betul-betul tu, aku pun sokong, tapi ni PHD lain- perasaan hasad dengki. kenapa kita perlu dengki dengan kejayaan orang. memang perlu cemburu, tapi cemburu dengan berhikmahlah, jadikan orang yang berjaya tu sebagai ikutan, bukannya lawan.

sebagai muslimin dan muslimah yang beriman, kita hanya mampu merancang dengan baik, tapi hanya Allah yang menentukansegala-galanya. jadi, aku ingin kongsi dua doa yang boleh kita amalkan untuk mengelak dari sebarang mara bahaya. INSYAALLAH ~

maksudnya:  "Dengan nama Allah yang nama-Nya itu tidak akan mendatangkan mudarat sesuatu pun sama da di langit atau di bumi, dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (bacalah 3 kali pagi dan petang)

maksudnya: "Apa yang dikehendaki oleh Allah tetap berlaku, tida upaya melainkan dengan kuasa Allah"
[sumber dari buku "Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus]

 # SUKA =)

ketawa penyembuh duka =)
kisah kelakar yang aku ingin kongsikan tentang seorang makcik yang aku jumpa di Hospital Kota Tinggi hari ni. makcik tu lebih kurang sebaya dengan mak aku. aku pergi ke hospital sebab  mahu buat temujanji untuk "medical check-up". tapi temujanji tu bulan oktober nanti. lambat lah nak tunggu. baik aku pergi klinik swasta, sama juga kena bayar RM60. lepasbuat temujanji tu, aku pergi ke unit pesakit luar, sebab aku mahu berjumpa dengan doktor. masa aku tengah tunggu giliran, ada seorang makcik ni, suara dia agak kuatla. bolehla dengar satu unit tu. dia suruh orang-orang di situ panggil dia "mak". hahaha. tak pasal-pasal pulak. lepas tu, aku ingat dah tak jumpa dia lagi. tiba-tiba masa aku dengan akak aku tunggu filem x-ray (lupa pulak nak cakap yang aku pergi hosp. dengan kak uda. hehe..) "mak" ni tadi duduk sebelah aku, sengih baik punya...haha.. dia ni sangatlah ramah sebab kalau aku, aku takkan cerita pasal kisah hidup aku dengan orang yang aku tak kenal. berbeza dengan makcik tu, tiba-tiba cerita yang dia kahwin umur 38 tahun. "3 tahun je aku dapat enjoy, umur 41, mak dapat anak, operate pulak tuh !" kata "mak" rock tu. haha. sebab apa aku panggil dia "mak rock" ? sebabnya cara percakapan dia tu tak ubah seperti mat rock atas pentas nyanyi lagu hard rock. haha.. tambah-tambah pula ada sepasang suami isteri muda, kaum india lalu depan kami. mak rock tu boleh cakap, "ni mesti kawen muda, paling kurang ni, mesti 20 lebih umur diorang ni, takpon, belas-belas lagi, tapi, takpela, sebab cinta, kawen je la. aku kalau ada anak, suroh diorang tu kawen umor 19 ke 20 ke. jangan kawen lewat sangat macam mak ni ha". aku dengan akak aku. ketawa berdekah-dekah. tapi tak boleh la ketawa kuat sangat sebab dekat awam ni. perut sakit tahan ketawa. hahahaha. memang "happy go lucky" la makcik tu. rock arrrrr ! ! Y[^__^]Y
saja nak kongsi juadah berbuka hari ni >>>

sambal sotong + tempe goreng + terung kichap = menjilat jari =)




Wednesday, August 3, 2011

[3 Ramadhan 1432H ] berani bergulung-gulung

|| keindahan adalah keindahan budi pekerti, kebaikan adalah kebaikan perilaku dan keelokan adalah keelokan aqal || 

kenapa tajuk entri aku macam ni? ....... untuk bulan puasa ni, tak dapat lari bercerita tentang makanan. inilah dinamakan rezeki dari yang Maha Esa. juadah berbuka aku sekeluarga hari ini ialah NASI BERIYANI dan......TART GULUNG (sebab itulah tajuk entri macam tu). nasi tu ayah aku yang masak, tart pula aku, kak uda & mak aku. apa yang aku boleh kata, nasi beriyani yang ayah buat tu memang mantop gile lah. sedap macam di restoran..hee..tart pula sedap juga, tapi taklah semantop mana. =P . untuk buat pembaca terliur, aku ada masukkan gambar nasi & tart. saksikan ! 

juadah berbuka >> nasi pakcik bohari, memang masyuuk ah~


metodologi pembuatan biskut tart =P

  1. sediakan jem nenas sama ada beli atau buat sendiri
  2.  gentel jem nenas menjadi bulat
  3. buat adunan untuk pastri tart
  4. masukkan adunan pastri ke dalam acuan semprit
  5. tekan pastri, letak ke atas dulang
  6. letak jem kemudian gulung pastri
  7. sapu permukaan atas tart dengan kuning telur
  8. bakar tart di dalam ketuhar selama 20 minit, 180*C
  9. tadaaaaaaa~ siap dah!

bahan-bahannya >>>

untuk pastri:
  • 500g marjerin
  • 120g @ 1 cawan gula icing
  • 2 camca teh "essence" vanilla
  • 500g tepung gandum
  • 2 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
hiasan:
  • 1 biji kuning telur 

    cara-cara buat pastri >>>
    • putar mentega + gula
    • masukkan kunig telur
    • masuukan "essence" vanilla
    • masukkan tepung
    • gaul hingga betul-betul rata
    • tekan keluar menggunakan acuan semprit
    • jika masih sukar untuk ditekan, tambah lagi marjerin hingga mudah ditekan keluar


    seLamAt MeNcuBa ! !

    nanti-nantila aku kongsi macam mana nak buat nasi beriyani ye...sebab penat sangat hari ni... #__#

    Tuesday, August 2, 2011

    [2 Ramadhan 1432H ] sedap tak menahan ^__^

    || Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi ||

    sama macam chocolate indulgence kat secret recipe =P
    kenal tak gambar apa kat atas tu? kalau tak kenal baiklah pergi masuk tadika balik. haha.. itulah kek coklat. bukan nak masuk bakul angkat sndiri, tapi memang diakui oleh chef terkemuka 142 jalan tan hang seng, iaitu ayah aku, hehe.. ayah kata, "wah gebu kek ni, sedap nampaknya ni". kembang kuncupla lubang hidung aku. hee..sekali dia makan, "wah-wah siap ada topping lagi, nak buat jual ke ape?, emmm, sedap-sedap.." pergggghhh....memang masyuk ah...susah tau tak nak dapat pujian dari ayah. kalau dia dah puji tu, memang "kompem" sedap lah tu...wee...alhamdulillah.. kek ni sedap pun sebab dapat resepi dari kaklong. kredit untuk kaklong tersayang. hari tu aku pernah cuba 2 kali buat kek coklat ni. sedap juga. tapi takda topping. kali ni aku buat siap ada topping, "special" la sempena ramadhan ni. bawah ni aku kongsila resepi "kek coklat kaklong" untuk para pembaca. selamat mencuba ! ! d[^__^]b

    ~ KEK COKLAT KAKLONG ~

    bahan-bahan untuk kek
    • 1 cawan tepung naik sendiri / tepung kek
    • 1 cawan serbuk koko van houten 
    • 1 cawan mentega / minyak
    • 1 cawan gula perang 
    •  1 cawan susu pekat
    • 1 sudu camca essence vanilla
    • 3 biji telur (saiz besar)
    • 1 sudu camca soda bikarbonat (jika guna tepung gandum / tepung biasa)
     bahan-bahan untuk topping
    • 2 keping coklat masakan
    • 2 sudu besar mentega


    cara-cara membuat kek 
    • pukul mentega dengan gula sehingga adunan bertukar menjadi putih gebu
    • masukkan telur satu demi satu, pukul dalam 1-3 minit (jangan terlalu lama)
    • masukkan essence vanilla
    • masukkan susu pekat
    • masukkan serbuk koko dan tepung sedikit demi sedikit, kacau perlahan-lahan
    • bila sudah rata, tuang ke dalam loyang atau bekas yang sesuai (pastikan loyang sudah dialas dengan kertas minyak yang disapu mentega)
    • kukus di dalam pengukus selama 40-45 minit 
    cara-cara membuat topping
    • potong kepingan coklat kecil-kecil
    • cairkan coklat
    • masukkan mentega
    • kacau hingga rata 
    • sementara masih panas sapu rata di atas kek coklat

    kek coklat + jus mangga = memang syok gila !


     [alhamdullillah, aku berjaya hafal 2 surah hari ni =) harap kekal dalam ingatan aku selamanya~]

    Monday, August 1, 2011

    [1 Ramadhan 1432H ]ini bukanlah puisi

    || esok mentari kan bersinar dan diri ini akan bahagia ||

    sampai bila perlu begini
    sampai bila perlu bermusuh
    sampai bila perlu bermasam muka
    sampai bila perlu bersangka buruk
    sampai bila perlu berenggang

    sampai bila mahu jauh hati
    sampai bila mahu kecil hati
    sampai bila mahu bertegang leher
    sampai bila mahu bertengkar
    sampai bila mahu bertikam lidah

    ramadhan kali ini ku harap sesalan
    sesalan dari anak
    sesalan dari mak
    sesalan dari ayah
    sesalan dari orang yang bersalah

    pancarkanlah cahaya suciMu di celah keretakan ini Ya Rahman Ya Rahim
    kukuhkanlah hubungan silaturrahim kami yang kian longgar ini
    gantikanlah segala yang keruh itu dengan yang jernih, sejernih cahaya hidayahMu
    kami hambaMu yang hanya mampu merancang
    kau saja yang berkuasa menentukan segalanya

    aku memang tak arif dalam berpuisi
    tapi aku yakin dan pasti Kau Tuhanku yang Maha Mengetahui isi hati setiap hambaMu
    perelokkanlah segala yang tak elok 
    perbaikilah segala yang rosak
    rawatilah segala yang sakit

    setakat ini keluhanku, hanya Kau yang tahu..

    haiwan pun saling mengasihaani, apa lagi kita manusia
     

    alhamdulillah hari ini aku berjaya hafal surah adh dhuhaa, harap esok satu surah lagi ~