|| jangan kalian merasa hina dan jangan pula bersedih hati, padahal kalianlah orang-orang yang beroleh kemenangan ||
suka atau duka. aku menjadi keliru sama ada mahu menceritakan kisah yang suka atau yang duka terlebih dahulu. aku buat keputusan untuk menceritakan yang duka lah dahulu sebab nanti aku mahu tamatkan entri kali ni dengan kisah yang agak kelakar.
# DUKA =(
![]() |
| bunuh manusia macam bunuh semut |
hari ni saja,ada 2 berita pembunuhan yang berlaku di tanah air kita. yang aku dengar daripada buletin utama tv3, kisah pertama ini melibatkan pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki lingkungan 5-6 tahun dan wanita dewasa di sebuah pangsapuri, Taman Kosas, Ampang, Selangor. Sebelah kaki manusia ditemui di atas lantai. Organ-organnya pula dibuang ke dalam mangkuk tandas. Hasil siasatan mendapati terdapat dua plastik dan satu sarung bantal disorok di atas siling. Plastik berkenaan berisi anggota badan manusia yang telah dikerat manakala sarung bantal berisi kepala budak lelaki. Pemeriksaan forensik menunjukkan suspek telah menyorokkan anggota badan yang dikerat di atas siling namun kerana beban yang berat, salah satu kaki mangsa jatuh ke atas lantai. takut, seram, bedebar, sayu, sedih, bercampur baur perasaan aku bila tahu pasal berita ni. yang menyedihkan, kanak-kanak juga jadi mangsa. ramai manusia sekarang lebih hina dari binatang. takda hati perut langsung ! !
"Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak Ditemui Mati Di Rumah" .. pemberita kata, arwah ni masih bujang, maksudnya arwah masih muda. muda-muda lagi sudah jadi timbalan pengarah. mana taknya ada saja yang dengki bukan? berderau lagi darah aku bila mendengar berita ini. "pembunuhan lagi" getus hatiku. yang peliknya tiada barang yang hilang di rumah mangsa. nampak sangat modus operandi pembunuh tersebut bukanlah mahu meromapak, tapi hanya ingin membalas dendam kesumat. kenapa ramai sangat orang PHD kat dunia ni? kalau PhD, doctor philosophy betul-betul tu, aku pun sokong, tapi ni PHD lain- perasaan hasad dengki. kenapa kita perlu dengki dengan kejayaan orang. memang perlu cemburu, tapi cemburu dengan berhikmahlah, jadikan orang yang berjaya tu sebagai ikutan, bukannya lawan.
sebagai muslimin dan muslimah yang beriman, kita hanya mampu merancang dengan baik, tapi hanya Allah yang menentukansegala-galanya. jadi, aku ingin kongsi dua doa yang boleh kita amalkan untuk mengelak dari sebarang mara bahaya. INSYAALLAH ~
| maksudnya: "Apa yang dikehendaki oleh Allah tetap berlaku, tida upaya melainkan dengan kuasa Allah" |
[sumber dari buku "Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus]
# SUKA =)
![]() |
| ketawa penyembuh duka =) |
kisah kelakar yang aku ingin kongsikan tentang seorang makcik yang aku jumpa di Hospital Kota Tinggi hari ni. makcik tu lebih kurang sebaya dengan mak aku. aku pergi ke hospital sebab mahu buat temujanji untuk "medical check-up". tapi temujanji tu bulan oktober nanti. lambat lah nak tunggu. baik aku pergi klinik swasta, sama juga kena bayar RM60. lepasbuat temujanji tu, aku pergi ke unit pesakit luar, sebab aku mahu berjumpa dengan doktor. masa aku tengah tunggu giliran, ada seorang makcik ni, suara dia agak kuatla. bolehla dengar satu unit tu. dia suruh orang-orang di situ panggil dia "mak". hahaha. tak pasal-pasal pulak. lepas tu, aku ingat dah tak jumpa dia lagi. tiba-tiba masa aku dengan akak aku tunggu filem x-ray (lupa pulak nak cakap yang aku pergi hosp. dengan kak uda. hehe..) "mak" ni tadi duduk sebelah aku, sengih baik punya...haha.. dia ni sangatlah ramah sebab kalau aku, aku takkan cerita pasal kisah hidup aku dengan orang yang aku tak kenal. berbeza dengan makcik tu, tiba-tiba cerita yang dia kahwin umur 38 tahun. "3 tahun je aku dapat enjoy, umur 41, mak dapat anak, operate pulak tuh !" kata "mak" rock tu. haha. sebab apa aku panggil dia "mak rock" ? sebabnya cara percakapan dia tu tak ubah seperti mat rock atas pentas nyanyi lagu hard rock. haha.. tambah-tambah pula ada sepasang suami isteri muda, kaum india lalu depan kami. mak rock tu boleh cakap, "ni mesti kawen muda, paling kurang ni, mesti 20 lebih umur diorang ni, takpon, belas-belas lagi, tapi, takpela, sebab cinta, kawen je la. aku kalau ada anak, suroh diorang tu kawen umor 19 ke 20 ke. jangan kawen lewat sangat macam mak ni ha". aku dengan akak aku. ketawa berdekah-dekah. tapi tak boleh la ketawa kuat sangat sebab dekat awam ni. perut sakit tahan ketawa. hahahaha. memang "happy go lucky" la makcik tu. rock arrrrr ! ! Y[^__^]Ysaja nak kongsi juadah berbuka hari ni >>>
![]() |
| sambal sotong + tempe goreng + terung kichap = menjilat jari =) |






No comments:
Post a Comment