© 2011 Hak cipta terpelihara

www.kembara-zinnirah.blogspot.com

dup dap..dup dap ! !

Saturday, July 30, 2011

kenapa aku tulis??

|| sabar adalah kunci kejayaan ||

assalamualaikum..
bila baca tajuk, terfikir juga, kenapa aku tulis ya? tulis apa? kalau tulis nama sendiri tu okla. sekarang ni aku buat keputusan untuk tulis blog. pergggghhh…aku sendiri tak percaya yang aku menulis blog. pada mulanya aku langsung tak terfikir untuk menulis seperti ini. bermula dengan membaca penulisan orang lain, mereka berkongsi bermacam-macam cerita daripada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, pelajaran, kerjaya, masalah-masalah dunia & akhirat serta macam-macam lagi. aku sendiri mengalami dan merasai seperti orang lain, cuma aku jenis yang suka simpan semua cerita itu dalam hati atau kongsi dengan kawan-kawan ataupun mak aku. alang-alang tulis, biarlah yang bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain.. wee~
cakap pasal bahasa melayu ni, teringat waktu sekolah menengah dulu, sewaktu aku tingkatan 5, tahun 2006. aku perlu masuk kelas intensif bagi subjek BAHASA MELAYU!!! seawal jam 8pagi, selepas perhimpunan harian tamat, aku dan kawan-kawan yang “terpilih” perlu masuk ke kelas. aku sudah lupa apa nama cikgu tersebut, maafla cikgu ya..sebab beliau sangat lah garang…haha..tapi, kalau tak garang, memang sampai sekarang aku perlu ulang semula kertas bahasa melayu aku. aku sangat lemah dalam menulis karangan yang panjang, apatah lagi untuk memahami sastera yang sangat memutar belitkan urat sereblum aku. dalam kelas tu, boleh kira dengan jari murid yang berbangsa melayu, yang ramainya bangsa india & cina. logiklah kalau india & cina tak fasih bahasa melayu ni, tapi AKU??? aku kan orang melayu, tapi masih perlu masuk kelas intensif. aku bukan tak fasih bertutur, tapi tatabahasa aku lintang pukang dan masalah utama aku ialah, TAK FAHAM SOALAN…soalan lain, jawapannya jauh tersasar…muahaha…ketawakan diri sendiri. tapi sekarang, alhamdulillah. lepasla nak ajar budak tadika.. =)
kenapa aku tulis hari ni diSEBABkan dua SEBAB:
PERTAMA:::: aku sangat gembira sebab aku dapat tawaran masuk ke utm untuk menyambung pelajaran aku dalam bidang sarjana sains keselamatan, kesihatan & alam sekitar atau dalam b.inggerisnya, “master sc. safety, health & environment”. akan bermulalah episod baru dalam hidup aku. aku tahu, pilihan yang aku buat ini pasti ada liku dan ranjau yang menunggu aku di hadapan, namun aku perlu tabah untuk menggapai cita-cita aku yang tinggi melangit. hati aku membara untuk belajar semula lebih-lebih lagi pabila melihat mak aku menangis sambil berkata “belajarlah nak, mak dulu tak dapat nak sambung, kau dah ada peluang tu, belajarlah sungguh-sungguh, janganlah ikut orang lain”. tersentap hati aku, melihat air mata mak aku bercucuran mengharapkan kejayaan aku. ya Allah, berikanlah aku kejayaan itu..amin~
KEDUA:::: hari ni, ayah aku belikan harum manis untuk aku!!! yeay!! alhamdulillah. inilah dinamakan nikmat dunia. sudah lama aku mengidam harum manis. rezeki betul. suka-suka-suka..hehe..terima kasih ayah..
            
harum manis yang harum & manis
       KETIGA:::: emmmm…nanti-nantila. aku beritahu dalam entri yang seterusnya… =)
aku harap sangat-sangat, niat dan semangat aku ni bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam. biarlah membara sampai ke akhir hayat aku. aku ingin berkongsi segala suka duka cita aku dengan dunia, biarlah orang lain kata, cerita aku ini tak sehebat orang lain, tapi aku tetap bangga dan rasa hebat sebab dilahirkan sebagai muslimah dalam keluarga yang amat membahagiakan aku walau kadang-kadang ada yang mengguris hati, tapi aku tahu, itu asam garam kehidupan. yang lebih membahagiakan aku ialah, sehingga umur aku mencecah 22 tahun ni, mak ayah yang aku sangat cintai, masih hidup dengan sihatnya. alhamdulillah syukrilillah~
  

No comments:

Post a Comment