|| barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar ||
31 Julai 2011 kali ni banyak betul peristiwa yang berlaku. banyak sangat, kalau senaraikan semua memang tak muat ruang ni. hehe.. TIGA peristiwa penting itu ialah :
#1 HARI PAHLAWAN
apa yang aku faham dengan hari pahlawan ni? yang aku ingat, masa sekolah dulu pasti ada jualan "sticker" sempena hari pahlawan. ataupun lencana yang boleh dipasang di beg atau baju.. aku antara yang tak terkecuali untuk membelinya. tapi hari ini baru aku faham apa itu hari pahlawan. aku menonton sambutannya di tv1 hari bersama mak ayah aku. sambil itu mak aku menerangkan apa yang aku tak faham. pahlawan malaysia yang disambut pada tahun ini terdiri daripada angkatan tentera darat, tentera laut, anggota polis, dan ahli bomba. pahlawan sangat sinonim dengan tentera, rupa-rupanya anggota polis dan ahli bomba turut mengorban nyawa demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. memang tabik "spring" lah untuk mereka!! yang paling aku terasa adalah tentang peristiwa berdarah di BUKIT KEPONG yang berlaku pada 23 Februari 1950. walau sudah 61 tahun berlalu, tragedi yang mengakibatkan ramai pejuang kita gugur masih kekal di ingatan rakyat Malaysia terutamanya para pejuang yang masih hidup sehingga sekarang. kalulah aku boleh jumpa pejuang-pejuang ni semua, mahu saja aku mangambil gambar bersam-sama mereka. ^__^ harap tahun depan dapat aku pergi sendiri ke sambutan hari pahlawan untuk aku sendiri meraikan dan melihat sendiri perarakan para pejuang negara...that's my wish~ (layanlah video bawah ni..hehe..)
#2 TIME FOR DANCE!!
![]() |
| joget-joget juga, tapi taklah pakai "heels" =P |
joget-joget!!!! hehe..aku memang suka joget lebih-lebih lagi bila dengan mak & kak uda aku. tapi kami joget dalam rumah lah. mak aku tetap cergas walaupun umurnya sudah mencecah 58 tahun. mula-mula malas juga nak joget segala. tapi lepas "desakan" mak aku yang mahu berpeluh, aku bukaklah lagu di youtube. macam-macam lagu yang berentak rancak contohnya lagu "chicken dance", britney spears, pussycat dolls, agnes monica, KRU, miley cyrus dan lain-lain. semuanya rancak-rancak belaka. walau apa pun pemanasan badan pada mulanya dan penyejukan badan pada akhirnya tetap dilakukan untuk menjaga postur dan otot badan. sukalah joget-joget ni selain daripada dapat menggembirakan hati dapat juga menyihatkan badan. yang kelakar tu, mak aku sangat suka menari dengan lagu "chicken dance", suka lihat mak ketawa dan senyum. bila lagi dapat lakukan aktiviti macam ni lagi dengan mak. sebab lagi 36 hari aku akan masuk UTM T__T harap mak & ayah terus sihat. amin..
#3 MATI
ini perkataan yang paling menakutkan aku. aku akur, semua yang hidup pasti akan mati. aku bukan nak cakap pasal kematian manusia, tapi pasal kematian KUCING. petang tadi, ayah aku terjumpa seekor kucing yang agak besar mati di belakang rumah aku. ayah aku bergegas membawa bangkai kucing untuk ditanam di belakang surau. mengapa dan bagaimana kucing tu mati hanya Allah saja yang tahu. masyaAllah. memori aku terus diterjah dengan memori tentang FATTY. fatty kucing kesayangan aku yang dianggap sebagai ahli keluarga aku. aku sangat sayang fatty. tapi Allah lebih sayangkan dia. dah 2 tahun fatty pergi tinggalkan aku sekeluarga. i miss her so much!
#4 BULAN BERKAT
bulan kesembilan daripada 12 bulan. itulah ramadhan. sedih betul lah kali ni aku tak dapat nak puasa untuk hari yang pertama. yang paling menyedihkan aku tak boleh nak sembahyang terawih. -__- bosan gila duduk rumah tunggu mak dan kak uda balik. apa yang aku harap untuk bulan puasa kali ni, aku dapat lakukan puasa dengan penuh beradab, bukan sahaja tahan lapar dan haus, tapi buang dan tahan segala nafsu jahat yang menggoda untuk lakukan kejahatan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. jadikanlah Ramadhan kali ini yang terbaik dalam hidupku kerana aku tak pasti yang aku akan temui bulan berkatMu ini lagi pada tahun hadapan. Ramadhan bulan berkat, laksana syariat, mangganda ibadat.. ^__^
cukuplah untuk hari ini, semoga Allah izinkan aku untuk bernafas lagi supaya aku dapat berkongsi lagi pada hari esok, AMIN
